Tuesday, July 26, 2011

Luahan-Kamu semua istimewa dalam hidup saya-





Sebenarnya post kali ini lebih kepada luahan saya kepada semua pembaca blog musafir ilahi. Kepada semua pembaca sama ada pembaca terang-terangan(follower) atau silent follower(pembaca tersembunyi), saya nak beritahu semua bahawa kalian adalah istimewa dalam doa saya. Saya mendoakan kalian agar Allah sentiasa mengampuni dosa kalian, merahmati kalian dengan kasih sayang dan rahmat-Nya. Moga-moga kalian sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk daripada-Nya dalam setiap perjalanan hidup ini. Ingatlah, kebahagiaan bukan hanya berada di permulaan dan pengakhiran jalan tetapi sepanjang jalan. Lagi satu, saya sangat mengalu-alukan segala komen, kritikan dan cadangan daripada kalian dalam memastikan blog musafir ilahi kekal relevan sebagai wadah tarbiah rohani bagi jiwa yang sentiasa merindui ampunan dan redha-NYa. Saya sangat terbuka dengan segala komen dan kritikan anda. Saya sangat dahagakan doa daripada kalian semua agar perjalanan hidup saya serta blog ini sentiasa mendapat mardatillah daripada Allah. Doakan saya agar saya kekal istiqamah di jalan yang diredhai Allah sepanjang hidup saya. Seeru ala barakatillah!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment