Thursday, May 19, 2011

Rancangan Mega Saya Sepanjang Cuti 4 bulan(Mei-September)





-Hafal 2 juzuk-





-Dalami ilmu tafsir al-Quran(mendengar video kuliah tafsir dan baca tafsir Fi Zillal)-





-Membaca buku sekurang-kurangnya satu buku sehari(islam,motivasi,fikrah,perniagaan, sains dan teknologi, dan sebagainya)-





-Bussiness online(Stormreaders).





-Menjadi pengedar buku terbitan PTS dan Tafsir Quran perkata-





-Tazkirah dengan adik-beradik-





-Latih kemahiran silap mata-





-Bercuti bersama keluarga-





-Hang out dengan kawan-kawan-








-Meneruskan pembelajaran silat cekak hanafi.-






-Konsisten qiyamulaill setiap malam(Insya-Allah, moga Allah memberi kekuatan).








-'Up-date' blog musafirilahi paling kurang satu post satu minggu-






Ini adalah rancangan saya sepanjang cuti semester 4 bulan. Anda pula bagaimana? Gunakan masa cuti sebaiknya untuk meningkatkan kemahiran intrapersonal(individu) dan kemahiran interpersonal(sesama manusia) di samping menguatkan hubungan dengan Allah(habluminallah). Mari tingkatkan iman,ilmu dan kemahiran anda sepanjang cuti panjang ini. Jangan sia-siakan dan berlalu begitu sahaja. Pepatah arab pernah berkata, "Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya, pemuda yang banyak masa lapang(tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapang itu." Ayuh, jangan biarkan masa lapang membunuh potensi anda. Gunakan masa lapang sempena cuti ini dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Jadikan diri anda kuat dari segi mental, emosi, rohani dan fizikal untuk mempersiapkan diri kita menajdi generasi muda islam yang kuat ruhiyy(rohani), fikrah(pemikiran) dan qowiyyul jismi(kuat tubuh badan). "Orang mukmin yang kuat lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah."(Riwayat Muslim). Sekian, takzirah ringkas tapi moga-moga bermanfaat daripada saya.




-Mohd Syahmi bin Mohd Shaari-


-Rumah TBC, Seremban-


-9.25 malam-


-Moga-moga Allah memberiku kekuatan agar aku dapat melaksanakan perancanganku-

1 comment:

  1. Perancangan yg bagus.
    Pastikan anta amalkan apa yg dirancang.
    Fokus especially dalam hal nak hafal 2 juz.
    Perancangan ana sepanjang 4 bulan xsehebat anta..
    Hafazan settlekan sampai ke surah al-insan.
    Buku pun basic2 je spt "maza yakni intima al-islam" dan
    "Golongan ug tercicir dlm jalan dakwah".
    Then,nak habiskan saki baki dpd raheeq makhtoum.
    Maklum la..ana ni bukannye di kalangan ikhwah yg kencang.

    ReplyDelete