Sunday, July 10, 2011

Puisi-Cinta Musafir Ilahi-




Maafkan jika selama ini ada yang salah
Maafkan jika Kehadiranku menganggu hari-harimu
Maafkan jika menjadi warna kelabu di hatimu

Berilah ruang dan peluang kemaafan itu padaku

Tetapi rasa ini tak mungkin ku dustai
Tak mungkin aku hilangkan
Walau diri merasa tak layak jiwa ini bertemu
dengan cintamu

Aku tahu engkau tidak boleh
Kerana ada tirai pemisah
Antara engkau dan aku

Tetapi kecintaanmu pada
Tuhan Kita
membuatku makin kagum padamu

Dan aku tak dapat lagi berdusta
bahawa aku mencintaimu…..

Aku hanya berharap saat ini
Izinkan aku menjadi bidadarimu
di jalan Rabb kita
Ya
di jalan itu..

Dan biarkanlah dirimu..
menjadi bintang
yang berkemilau
di LANGIT HATIKU
selamanya..

-Mohd Syahmi bin Mohd Shaari-

-10.43 p.m-

-10 Julai 2011-

-Bilik, Rumah TBC-

No comments:

Post a Comment