Thursday, July 7, 2011

Jaulah ke Dubai-Tsamud atau Abbasiyah?-

Kereta ferrari di ferrari world(teringin nak bawak balik rumah)
Roller coaster paling laju di dunia, 240 km/h di Ferrari World
Pintu depan Ferrari World, Abu Dhabi
Bergayut di taman tema ferrari world, abu dhabi
At the top, burj khalifa, bangunan tertinggi di dunia, 828 meter
Huhh...first time naik unta, mula-mula cuak jugaklah
Perkampungan di dubai desert
Dubai Desert Safari(huh..poning kepala kami dibuatnya, mana taknya, jalannya berbukit-bukit dan berpasir pulak tu)
Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi
Sekitar bandaraya Dubai
Dubai City of Gold, pasar terkenal di dubai



Burj Dubai, hotel tertinggi dan termewah di dunia(tapi kitaorang tak menginap sana tau, giler mahal sehhh)





Pengenalan

Pada 3 Februari lepas, saya dan keluarga saya mengambil kesempatan bercuti ke dubai dan abu dhabi sempena cuti tahun baru cina. Kami menaiki pesawat emirates airlines dan bertolak ke klia dalam pukul 11 pagi. Perjalanan dari KLIA ke dubai international airport mengambil masa lebih kurang 7 jam. Untuk pengetahuan kalian, dubai adalah salah satu dari tujuh emiriah yang membentuk Emiriah Arab Bersatu(UAE) di bahagian selatan Semenanjung Arab. Sebut sahaja dubai, apa yang bermain di fikiran kalian? Pasti kalian terbayangkan bangunan pencakar langit yang tinggi-tinggi dengan projek-projek hartanah yang rancak berkembang. Dengan pembinaan dan pembangunan dalam berbagai industri, Dubai telah menarik perhatian sedunia melalui projek pembaharuan hartanah, pesta sukan, persidangan dan rekod Guinness. Kerana pendapatan utama Dubai bukan berasal dari minyak dan sumber alam yang lain, maka
Dubai mencari sumber lain yang diharapkan dapat menjana pendapatan kota ini dalam pelbagai sektor khususnya dalam sektor perniagaan, ekonomi, perumahan, dan kewangan selain dari sektor pelancongan. Kebanyakan dari bangunan-bangunan yang dibina di Dubai amat menekankan bentuk dan kesenian yang berunsur keislaman dan kontemporari. Saya malas nak bercakap panjang, di sini saya sertakan gambar-gambar saya di dubai disertakan penerangan di atas.

Apa yang saya dapat di dubai?

Tidak dinafikan ada juga dalam kalangan kenalan saya(bukan semua) yang seolah-olah mengecam jaulah saya ke dubai bersama keluarga. Antara kata-kata, kritikan, dan kecaman yang saya dapat seperti ini, "Apa yang anta dapat kat dubai sana?", "Anta dapat jaga iman anta ke bila anta berada di sana?", "Ana takut selepas anta balik dari dubai, anta dah jadi 'orang lain'?", "Anta lebih mementingkan pelancongan ke dubai daripada program-program tarbiah, anta seolah-olah meletakkan Allah lebih rendah daripada pelancongan ini?", "Mampukah anta menjaga mutabaah amal anta sepanjang anta berada di sana?" dan banyak lagi. Saya tidak menyalahkan mereka malah saya amat menghargai keprihatinan mereka terhadap saya. Bukankah peringatan itu menunjukkan bahawa saudara semuslim itu saling mengambil berat antara satu sama lain? Cuma , saya memohon tolong jangan prejudis terhadap saya. Tolong memahami saya dan situasi yang saya hadapi. Salahkah saya mengambil sedikit masa bersama keluarga melalui pelancongan ini setelah sebelum ini saya bertungkus-lumus terlibat dengan kerja dakwah dan tarbiah? Maaf, saya tidak mahu memberi komentar panjang mengenai hal ini. Cuma, bila orang bertanya kepada saya, adakah awak mendapat manfaat sepanjang pelancongan awak bersama keluarga ke dubai? Jawapan saya....

Bagaimana kamu melihat?

Ahli hukama pernah berkata, "Who are you determine by how you see things"(Siapa kita ditentukan oleh bagaimana kita melihat sesuatu perkara itu). Saya tidak akan memberi jawapan 'ya' atau 'tidak', saya akan menjawab apa yang saya dapat daripada pelancongan tersebut sama ada bermanfaat atau tidak bergantung bagaimana saya memandang pelancongan tersebut atau dengan pandangan apa saya melihat pelancongan tersebut? Manusia memandang apa sahaja di dunia termasuk pelancongan ke dubai ini dengan empat jenis pandangan iaitu pandangan mata, pandangan akal, pandangan nafsu, pandangan mata hati.

Pandangan mata

Biasanya orang kata pandangan mata sifatnya menipu. Orang yang melihat dubai dengan pandangan ini akan melihat dubai hanya sebuah bandaraya yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit sahaja. Apa yang dapat daripada pelancongan tersebut adalah apa yang dilihat pada kaca mata zahir sahaja. Dia tidak cuba menyelami kehidupan di sebalik dubai tersebut seperti kebudayaan, sejarah, pemerintahan dan pelbagai aspek kehidupan rakyat dubai. Dia hanya melihat dubai sebagai bandar sahaja, tidak lebih daripada itu.

Pandangan akal

Orang yang melihat dengan pandangan ini lebih 'advance' sikit daripada orang pertama. Mereka bukan sahaja melihat dubai sebagai bandaraya bertaraf dunia sahaja tetapi mereka mampu menyelami kehidupan di sebalik rakyat dubai seperti kebudayaan rakyatnya, geografi dan iklim di dubai, sejarah dubai, bentuk pemerintahan dubai dan aspek-aspek lain. Orang ini berfikiran saintifik dan sangat dahagakan fakta sepanjang pelancongan ke dubai. Mereka bukan hanya ingin mendapat kepuasan bercuti dengan berjalan-jalan sahaja tetapi mereka ingin mengetahui maklumat tentang tempat yang mereka perolehi. Selain pelancong, pelabur-pelabur yang ingin membina empayar perniagaannya di dubai juga mempunyai pandangan ini apabila mereke melihat dubai sebagai pusat ekonomi dan perdagangan bertaraf dunia yang menyediakan peluang pelaburan yang luas.

Pandangan nafsu

Orang yang melihat dengan pandangan ini melihat dubai sebagai tempat hiburan, pusat membeli-belah, banyak perempuan-perempuan cantik dan lain-lain yang menarik hati mereka. Mereka melancong ke dubai semata-mata ingin berseronok sahaja dan berbelanja sakan sambil 'mencuci mata'. Mereka tidak terfikir tentang ibrah(pengajaran) yang mereka perolehi sepanjang percutian ke dubai. Bagi mereka, keseronokan adalah tujuan utama mereka melancong ke dubai.

Pandangan mata hati

Inilah pandangan yang paling tepat dan hakiki kerana mereka melihat apa sahaja dengan pandangan tauhid(tauhidic mindset) hasil akrabnya hati mereka dengan Pencipta. Mereka mampu menyelami yang tersirat di sebalik pandangan mereka yang zahir. Moga-moga saya tergolong dalam golongan ini. Saya cuba huraikan apa yang saya sendiri dapat dengan pandangan mata hati saya. Alhamdulillah, sepanjang pelancongan saya ke dubai, saya sempat menggunakan masa yang ada untuk tilawah dan tadabbur ayat-ayat Quran. Ada dua ayat yang betul-betul kena dengan maksud pelancongan saya ke dubai. Ayat yang menggesa saya melihat jaulah ke dubai ini dengan pandangan mata hati. "Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah kami binasakan sebelum mereka,padahal (umat-umat itu) telah kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak kami berikan kepada kamu,dan kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan kami jadikan sungai-sunagi mengalir di bawah mereka, kemudian kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan kami ciptakan sesudah mereka umat yang lain?"(Al-An'aam, ayat 6)."Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga) sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada".( Al-Hajj, ayat 46). Apa yang saya dapat kaitkan dubai dengan ayat quran ini adalah apabila kita sudah mencapai kemajuan teknologi yang tinggi, janganlah kita sombong dan ingkar dengan Pencipta kita, Allah. Hakikatnya apa yang kita bina dan cipta itu semuanya kepunyaan Allah. Otak yang kamu gunakan untuk berfikir, tangan yang kamu gunakan untuk mencipta alat-alat teknologi yang canggih hakikatnya siapa yang menjadikan kalau tidak bukan Allah? Bila-bila masa Allah boleh tarik balik nikmat itu bila Dia kehendaki. Inilah jadinya bila teknologi dan pembinaan material menjadi "matlamat" bukan "alat". Sepatutnya "matlamat" kita sebagai seorang manusia ialah mengabdikan diri sepenuhnya pada-Nya. Jadikan semua aspek kehidupan kita niatkan untuk mengabdikan(ubudiah) kepada Allah atas dasar akidah, syariah dan akhlak islamiah."Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku."(Az-Zariyat, ayat 56). Teknologi dan pembinaan bangunan pencakar langit penting sebagai melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini tetapi jangan sesekali bertukar menjadi matlamat hidup kita. Jangan jadi seperti kaum nabi salleh, kaum tsamud yang terkenal dengan kepakaran artikek bangunan yang luar biasa pada zamannya, tetapi disebabkan mereka ingkar dan sombong dengan seruan nabi Salleh agar tunduk kepada Allah, Allah mengazabnya dengan angin puting beliung serta gempa bumi yang dahsyat. Sebaliknya, bila kita meletakkan kemajuan teknologi dan pembinaan material sebagai 'alat' demi mengejar 'matlamat' iaitu mengharapkan mardhatillah(keredhaan Allah), maka kita bukan sahaja boleh muncul sebagai umat yang maju dari segi material dan rohaninya malah menjadi empayar dunia sepertimana yang telah dibuktikan dalam sejarah islam terdahulu. Kerajaan islam abbasiyah muncul sebagai empayar dunia yang menguasai 2/3 dunia pada ketika itu. Mereka mempunyai kecanggihan teknologi yang tinggi tetapi dalam masa yang sama hati mereka suci dan sejahtera(Qalbun salim) hasil kuatnya hubungan mereka dengan Allah. Dunia sejahtera,aman dan harmoni di bawah kerajaan yang melaksanakan dasar-dasar islam sepenuhnya atas dasar akidah, syariah dan akhlak islamiah. Anda nampak apa yang saya nampak?

Penutup

Bila saya ditanya bagaimana keadaan dubai? Adakah seperti kerajaan Tsamud atau kerajaan Abbasiyah? Untuk soalan itu, saya serahkan kepada pemerintah yang kesemuanya beragama Islam untuk menjawabnya. Saya harap pemerintah dubai memuhasabah dan merenung kembali adakah kemajuan yang diperolehi Dubai pada masa kini terbina atas 3 asas yang telah saya sebutkan tadi(akidah,syariah, akhlak)? Sejauh mana kemajuan material dubai digunakan untuk mencapai 'matlamat' hidup manusia? Dan persoalan terakhir yang saya ingin mereka dan kita semua fikirkan sejenak adalah, "Bagaimana tinggi sekalipun kita terbang mencipta kejayaan dan kemajuan ini kita terpaksa kembali ke dalam diri untuk mencari erti dan hakikat hidup ini. Kemajuan-kemajuan itu hanyalah 'alat' untuk hidup. Tetapi hidup itu sendiri untuk apa?"

-Mohd Syahmi bin Mohd Shaari-
-Bilik, Rumah TBC-
-3.40 a.m.-
-8 Julai 2011-


No comments:

Post a Comment