Wednesday, July 6, 2011

Puisi-Papaku-





Papa
Kaulah wiraku
Kau tidak pernah kenal erti penat lelah
Demi melaksanakan tanggungjawabmu sebagai bapa
Setiap titik peluhmu bekerja setiap hari
Tanda kegigihanmu menyara kehidupan kami sekeluarga

Papa
Di sebalik kegarangan wajahmu
Terselit sifat lemah-lembut dalam jiwamu

Papa
Kaulah inspirasiku
Kaulah bapa penyayang dalam keluarga
Kaulah cikgu berjiwa pendidik di tempat kerjamu
Kaulah peniaga yang mahir dengan strategi perniagaan

Papa
Ku sedari kau hanyalah insan biasa
Kau bukanlah manusia sempurna
Kadang-kadang ku sedari kelompongan dalam perananmu
Tapi
Kau masih bapaku
Kaulah bapa kepada adik-adikku
Kaulah suami kepada mama

Papa
Ku sentiasa mendoakanmu
Agar kehidupanmu
Sentiasa dilimpahi bayungan rahmat-Nya
Anakmu ini berjanji
Menjadi anak yang soleh
Anakmu ini berjanji
Menjadi anak kebanggaanmu
Anakmu ini berjanji
Mentarbiah adik-adikku menjadi anak soleh
Kerana ku sedari
Bahawa anak solehlah
Permata paling berharga
Buatmu dan mama

Papa
Kaulah bapaku tercinta
Untuk selamanya

-Sempena hari bapa pada 19 Jun 2011, saya dedikasi puisi ini khas buat papaku(Mohd Shaari bin Mohd Nor)-

No comments:

Post a Comment