Friday, June 3, 2011

Luahan:-Cita-cita dalam hidup saya




















-Pengurus besar syarikat global kejuruteraan awam yang mendapat pengiktirafan seluruh dunia(saya memasang impian semenjak di tingkatan 4 ingin membina bandar raya di dasar laut dan bandar raya di angkasa lepas bagi menampung kepadatan bangunan di darat).








-Penulis 'bestseller'(saya berhajat ingin menjadi penulis sehebat Pahrol Muhammad Juoi, Hasrizal Abdul Jamil, Hilal Asyraf.....)








-Hafiz(Penghafaz Al-quran).








-Jurulatih/Pembantu Jurulatih silat cekak hanafi.








-Ahli silap mata profesional.








-Daie sepenuh masa.(kata-kata, tingkah laku, akhlak)








Mungkin orang akan berkata saya ini gila atau cita-cita saya mustahil untuk dicapai. Tapi, saya tetap yakin dengan diri saya bahawa saya mampu mencapai semua cita-cita saya di atas sebab saya lebih mengenali diri dan potensi saya yang sebenar. Napoleon Hill dalam bukunya 'Think and Grow Rich' pernah berkata "Apa saja yang dapat difahami dan diyakini oleh fikiran, dapat dicapai oleh fikiran." Saya bukan berkata-kata kosong sahaja, tetapi saya mempunyai perancangan dan strategi bertulis saya sendiri bagi mencapai cita-cita saya dan saya berazam akan amalkan segala perancangan saya. Untuk post kali ini, saya tidak mahu mengulas lebih panjang. Saya hanya mahu berkongsi cita-cita saya dan dalam masa yang sama menggalakkan pembaca sekalian agar memasang impian dan cita-cita tertinggi dalam hidup kalian. Hiduplah dengan pencapaian luar biasa bukan sekadar biasa-biasa. Akan datang, saya akan jelaskan dengan lebih terperinci mengenai perlunya kita mempunyai cita-cita yang tinggi dalam hidup kita dan Islam itu sendiri menyeru umatnya mencapai kecemerlangan maksimum dalam hidup. Sekian, buat mama papa, adik-beradik, rakan-rakan, guru-guru, saudara-mara, dan bakal pasangan hidupku(belum ada lagi ye) , inilah cita-cita dalam hidup saya sebagai medan saya untuk memberi dalam hidup saya.




1 comment: